Label

aktiviti (24) info (2) news (4)

Ahad, 26 April 2009

GOTONG-ROYONG

Banyak berita tentang gotong-royong tanah perkuburan acara tetap persatuan yang tak dimuatkan dalam blog ini.Nanti marah pulak geng yang selalu turun kubur tu....yang last ni pada 24 April depa sekali lagi pi tebas rumput,potong pokok, cat batu nisan dan makan2 kat sana...Best jugak piknik kat kubur ni... Sebelum tu pada 21 april beberapa ahli persatuan telah turut serta membantu PIBG Sekolah Kebangsaan Teloi timur mengecat taman-taman di laman sekolah.Hmmm....baguihh betui budak-budak ni...Moga amalan baik ini diberkati Allah....


Sabtu, 25 April 2009

TAHNIAH!!!

Jutaan tahniah di ucapkan kepada Khairul Efendi & Mohd Fazrel Asraf ahli persatuan belia Felda Teloi Timur dan rakan mereka Som Jud Muniandy kerana telah memenangi 3 pingat emas dalam pertandingan Alam Sekitar Antarabangsa 2009 festival di Finland sekali gus menewaskan peserta lain dari pelbagai negara. Mereka diberikan sambutan sebagai wira negara ketika pulang dari Finland pada 25/4/2009. Kejayaan mereka ini memberi inspirasi kepada semua belia Felda Teloi Timur supaya yakin pada diri sendiri untuk berjaya dalam apa bidang yang diminati.Tunjuk ajar dari guru di Sekolah Menengah Teloi Kanan berjaya membuahkan hasil yang tidak ternilai harganya...Tahniah!!!!





Jumaat, 24 April 2009

TREASURE HUNT

TARIKH:18 APRIL 2009
MASA:8.30 PAGI
TEMPAT:FELDA TELOI TIMUR
PENYERTAAN:10 PASUKAN

Pada 18 april 2009 persatuan telah menganjurkan acara treasure hunt sempena program sayangi jantung yang diadakan di Felda Teloi Timur.Pada mulanya kami menghadkan setiap kumpulan seramai 5 orang namun pada hari pertandingan terlalu ramai penyertaan diterima. Untuk tidak menghampakan mereka yang datang urusetia telah baik hati menambah setiap kumpulan menjadi 7 orang. Hasilnya memang ada sedikit suasana panik namun kami berjaya atasinya....alhamdulillah semuanya berjalan seperti sedia kala..Kepada yang menang tahniah dan yang kurang menang tu jgn putus asa nanti kita try lagi k.....


Selasa, 14 April 2009

MAJLIS PERKAHWINAN


Tahniah kepada Norazarina (Tim. Pengerusi) kerana beliau dengan rela hati melangsungkan perkahwinan pada 11 april 2009 dengan jejaka dari Bagan. Meriah bukan main majlis dia ni...harap bahagia hingga akhir hayat..amin...Jangan lupakan persatuan ok