Label

aktiviti (24) info (2) news (4)

Rabu, 23 Julai 2008

PEJABAT BELIA BARU

Pada hari jumaat 18 Julai 08 persatuan kita telah mendapat pejabat sendiri. Alhamdulillah dengan adanya pejabat sendiri kita boleh la rancang banyak lagi aktiviti persatuan.Kalau dah pindah tu penat la kena angkut barang....ada yang naik bau masam...cute jugak pejabat baru kita ni..walaupun kecik tapi selesa..Terima Kasih Encik Malek (pengurus Felda Teloi Timur) kerana meluluskan pejabat kami ini...



Selasa, 22 Julai 2008

PROGRAM BERSAMA PROSTAR

Tarikh: 10 & 11 Julai 2008
Tempat: Felda Teloi Timur
Anjuran: Prostar Sik &Persatuan Belia Felda Teloi Timur

Program Prostar ini diadakan selama 2 hari. Pelbagai aktiviti menarik antaranya pameran dan pertandingan masakan. Namun program untuk belia sangat 'cool' seperti sukaneka, ceramah dan explorace. Persatuan Belia berganding bahu dengan pejabat kesihatan sik untuk memastikan program ini berjalan lancar.Harapan kami agar program ini memberi banyak pengajaran tentang kesihatan dan nilai-nilai hidup yang murni kepada belia-belia Felda Teloi Timur.......