Label

aktiviti (24) info (2) news (4)

Rabu, 18 November 2009

PELANCARAN RAKAN MUDA SEKTOR TANAH

Pelancaran Rakan Muda sektor Tanah peringkat Wilayah A. Setar akan diadakan pada 20 & 21 november 2009 di Felda Teloi Timur. Pelbagai acara menarik diadakan seperti pertunjukan silat, konvoi motorsikal, gendang, kompang dan acara sukan diadakan. Semua persatuan belia felda wilayah Alor setar akan berkampung di sini untuk mengambil bahagian dalam acara sukan seperti futsal, netball, takraw dan pelbagai lagi. Terdapat juga pameran dari agensi kerajaan dan swasta. Semua di jemput hadir untuk memeriahkan majlis......

Rabu, 28 Oktober 2009

PROJEK KRAFTANGAN

Alhamdullilah berzat usaha beliawanis kita telah mula buat projek kraftangan. Kalau ada sesiapa yang nak tempah tu silakan...jahitan manik & labuci, bunga telur, hantaran perkahwinan, gelang manik dan pelbagai lagi kraftangan yang menarik...

PROJEK TANAMAN PISANG

Persatuan kini sibuk buat projek usahawan.Pelbagai projek yang telah dirancang untuk menambah dana tabung persatuan. Baru-baru ini ramai yang turun padang membersihkan tapak projek tanaman pisang milik persatuan.

Selasa, 23 Jun 2009

ASTRO GEMPAK DESA

Tarikh:13 Jun 2009

Akhirnya program Astro Gempak Desa telah diadakan di Felda Teloi Timur.. pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti sukaneka kanak-kanak, pertandingan masakan dan gubahan bunga, karaoke dan pertunjukan pentas oleh artis Astro Gempak Desa..yang pasti warga Felda Teloi timur amat terhibur dengan persembahan dari Tam, Obri, Toi, Zahid dan ramai lagi...MACAM-MACAM ADA.....


Sabtu, 23 Mei 2009

XPDC GENERASI BEBAS JENAYAH

TARIKH:19 MEI 2009 TEMPAT: FELDA TELOI TIMUR
XPDC Generasi Bebas Jenayah yang bermula pada 15 Mei 2009 di Melaka telah singgah di Felda Teloi Timur pada 19 Mei 2009. Sebanyak 20 buah kereta buatan Malaysia dan 80 orang peserta telah menyertai XPDC ini...Mereka telah disambut dengan 30 buah motorsikal oleh ahli persatuan Belia Felda Teloi Timur bermula di Pekan Bukit Selambau ke SMK Teloi Kanan seterusnya ke Felda Teloi Timur..


Isnin, 11 Mei 2009

DOA UNTUK PALESTIN


" YA ALLAH, SEBAGAIMANA ENGKAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG-BURUNG ABABIL MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN, MAKA KAMI MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH...TURUNKANLAH BANTUANMU KALI INI KEPADA ORANG-ORANG ISLAM DI PALESTIN, HANCURKANLAH REJIM ZIONIS SEDASYAT-DASYATNYA....AMIN."

Ahad, 26 April 2009

GOTONG-ROYONG

Banyak berita tentang gotong-royong tanah perkuburan acara tetap persatuan yang tak dimuatkan dalam blog ini.Nanti marah pulak geng yang selalu turun kubur tu....yang last ni pada 24 April depa sekali lagi pi tebas rumput,potong pokok, cat batu nisan dan makan2 kat sana...Best jugak piknik kat kubur ni... Sebelum tu pada 21 april beberapa ahli persatuan telah turut serta membantu PIBG Sekolah Kebangsaan Teloi timur mengecat taman-taman di laman sekolah.Hmmm....baguihh betui budak-budak ni...Moga amalan baik ini diberkati Allah....


Sabtu, 25 April 2009

TAHNIAH!!!

Jutaan tahniah di ucapkan kepada Khairul Efendi & Mohd Fazrel Asraf ahli persatuan belia Felda Teloi Timur dan rakan mereka Som Jud Muniandy kerana telah memenangi 3 pingat emas dalam pertandingan Alam Sekitar Antarabangsa 2009 festival di Finland sekali gus menewaskan peserta lain dari pelbagai negara. Mereka diberikan sambutan sebagai wira negara ketika pulang dari Finland pada 25/4/2009. Kejayaan mereka ini memberi inspirasi kepada semua belia Felda Teloi Timur supaya yakin pada diri sendiri untuk berjaya dalam apa bidang yang diminati.Tunjuk ajar dari guru di Sekolah Menengah Teloi Kanan berjaya membuahkan hasil yang tidak ternilai harganya...Tahniah!!!!





Jumaat, 24 April 2009

TREASURE HUNT

TARIKH:18 APRIL 2009
MASA:8.30 PAGI
TEMPAT:FELDA TELOI TIMUR
PENYERTAAN:10 PASUKAN

Pada 18 april 2009 persatuan telah menganjurkan acara treasure hunt sempena program sayangi jantung yang diadakan di Felda Teloi Timur.Pada mulanya kami menghadkan setiap kumpulan seramai 5 orang namun pada hari pertandingan terlalu ramai penyertaan diterima. Untuk tidak menghampakan mereka yang datang urusetia telah baik hati menambah setiap kumpulan menjadi 7 orang. Hasilnya memang ada sedikit suasana panik namun kami berjaya atasinya....alhamdulillah semuanya berjalan seperti sedia kala..Kepada yang menang tahniah dan yang kurang menang tu jgn putus asa nanti kita try lagi k.....


Selasa, 14 April 2009

MAJLIS PERKAHWINAN


Tahniah kepada Norazarina (Tim. Pengerusi) kerana beliau dengan rela hati melangsungkan perkahwinan pada 11 april 2009 dengan jejaka dari Bagan. Meriah bukan main majlis dia ni...harap bahagia hingga akhir hayat..amin...Jangan lupakan persatuan ok


Jumaat, 20 Mac 2009

KEJOHANAN BOWLING

TARIKH:19 MAC 2009
TEMPAT:AMPANG SUPERBOWL CENTRE SQUARE SP

Syoknya kita dapat buat kejohanan bowling sekali lagi...seramai 48 orang peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini.Yang hebatnya ada makcik dan ada jugak budak kecik yang join.Bestnya makcik tu menang pulak hadiah!!!Apa ilmu dia pakai aarrr..
Kepada Din dan Ina next time kasik la orang lain menang pulak...Kepada adik-adik yang dah ketagih main bowling tu teruskan latihan anda...kita jumpa lain next game k...


Sabtu, 14 Februari 2009

PROGRAM KITAR SEMULA

TARIKH: 5/12/2008
TEMPAT:SEKITAR FELDA TELOI TIMUR
ANJURAN: PERSATUAN BELIA FELDA TELOI TIMUR
(BIRO EKONOMI & SOSIAL)

Wah...sukanya budak-budak ni kutip barangan kitar semula.Program ini mendapat sambutan hangat semua warga Felda. Sampai tak cukup tangan kami nak kutip. Pusat pengumpulan sampai penuh dan ada kawasan yang tak sempat nak pi ambik.Kepada makcik dan pakcik yang dok tunggu kami haritu kami mohon sejuta kemaafan..lain kali kami buat lagi kami pi rumah makcik ok...kepada semua yang menderma tu terima kasih banyak ya....

Isnin, 26 Januari 2009

SANTAI DI TREE TOP WALK

Pada 12/12/2008 yang lalu AJK persatuan telah menyertai aktiviti santi di tree top walk Sg. Sedim. Seronok juga sekali-sekala menyertai aktiviti alam ni setelah penat menguruskan pelbagai aktiviti untuk persatuan...Turun 5 kg setelah turun dari tree top walk..hehehe