Label

aktiviti (24) info (2) news (4)

Selasa, 14 Oktober 2008

MAJLIS BACAAN YASSIN SPM & PMR

Pada 9/10/2008 dan 31/10/2008 persatuan telah mengadakan majlis bacaan yassin untuk calon-calon PMR.Terima kasih kepada yang bertungkus lumus goreng bihun untuk jamuan malam tu. Walaupun hujan lebat tapi ujian itu kita hadapi dengan tabah.Siap jugak kita goreng dua kawah bihun. Untuk jamuan program SPM kita buat nasi lemak special...terima kasih kepada semua yang mai...

PROGRAM RAHMAT RAMADHAN

Tarikh :21 September 2008
Tempat :Masjid Felda Teloi Timur

Pada bulan puasa yang lalu kita tidak ketinggalan membantu Felda menjayakan Program Rahmat Ramadhan yang diadakan pada 21 September 2008. Seronok tengok mak ayah kita dapat duit raya....





Isnin, 13 Oktober 2008

CERAMAH PERDANA

Tarikh: 28 Ogos 2008
Tempat: Masjid An Nur Felda Teloi Timur
Anjuran: Persatuan Belia Felda Teloi Timur & Pejabat Belia Daerah Sik

Satu ceramah Perdana Hal Ehwal Islam telah diadakan di Masjid Felda Teloi Timur. Program ini anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sik dengan kerjasama Persatuan kita.Alhamdulillah sambutan yang diterima sungguh menggalakkan.Harap-harap lepas ni rajin-rajinlah pejabat Belia bagi program kat kita ya...





KEJOHANAN BOLA SEPAK 8 SEBELAH

Hari: Ahad
Tarikh :17 Ogos 2008
Tempat :Padang Awam Felda Teloi Timur

Pada 17 Ogos lalu Persatuan dan Komuniti Bestari berganding bahu menjayakan Kejohanan bola sepak 8 sebelah terbuka yang diadakan di padang awam Felda Teloi Timur. Kejohanan ini mendapat sambutan hangat daripada pasukan bola sepak di sekitar Kuala Ketil, Baling dan Sik...