Label

aktiviti (24) info (2) news (4)

Khamis, 22 Mei 2008

SAMBUTAN MERDEKA PAR 3

TARIKH:30-31 OGOS 2008
TEMPAT:PADANG AWAM FELDA TELOI TIMUR
ANJURAN:PERSATUAN BELIA & SEMUA KOMUNITI FELDA TELOI TIMUR

Sempena 50 tahun kemerdekaan negara sambutan di Felda Teloi Timur tahun ini agak meriah. Bermula dari bulan september ahli-ahli belia telah berganding bahu memasang Jalur Gemilang di semua rumah dalam felda.Tapi gambar-gambar tu semua rosak pulak.Tak dapat la kami nak tunjukkan. Menjelang 31 ogos pertunjukkan bunga api diadakan dan pada hari kemerdekaan, perarakan antara komuniti dalam felda diadakan. Meriah macam nak hari raya.. Malamnya pulak kugiran belia membuat persembahan...happening...

1 ulasan:

PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA TELOI TIMUR berkata...

Sambutan Kemerdekaan ke 50 tahun disambut meriah di Felda Teloi Timur.Jawatankuasa pengelola yang dibentuk terdiri daripada ahli jawatankuasa Persatuan Belia Teloi Timur, JKKR, Komuniti Bistari, GPW, RELA dan Khariah masjid.Perayaan ini berlangsung selama 2 hari bermula pada 30 ogos 2007 dengan acara pertandingan bola sepak antara zon. Pasukan bola sepak dikehendakki memakai kain batik dan kain pelekat bagi menggantikan jersi pasukan. Pada sebelah malam bacaan Yassin dan tahlil diadakan dan ikuti dengan sambutan detik 12 malam. Pertunjukan bunga api telah diadakan pada malam tersebut dengan mendapat sambutan yang hebat daripada penduduk sekitar. Pada 31 ogos diadakan perbarisan hari kebangsaan mengikut blok dan badan-badan didalam Felda Teloi Timur. Kontijen dikehendakki memakai pakaian kebangsaan atau pakaian persatuan bagi menambahkan jati diri bangsa.Hampir 30 kontijen telah menyertai perbarisan itu. Sukan rakyat telah diadakan pada sebelah petang dan mendapat sambutan yang hebat daripada masyarakat Felda. MAjlis penutup sambutan kali ini ialah malam rentak merdeka. Ramai peserta telah menunjukkan bakat nyanyian mereka dengan diiringi oleh band dari Persatuan Belia Felda Teloi Timur.