Label

aktiviti (24) info (2) news (4)

Jumaat, 28 November 2008

KARNIVAL TM GEGAR

TARIKH :7 & 8 NOVEMBER 2008
TEMPAT: FELDA TELOI TIMUR
ANJURAN BERSAMA TM MALAYSIA

Lihatlah foto-foto Karnival TM Gegar yang diadakan pada 7 & 8 November 2008. Sambutan hebat telah diberikan untuk program ini. Walaupun pelbagai dugaan yang dihadapi oleh persatuan namun karnival ini tetap berlangsung dengan jayanya. Semoga semua pengalaman ini mendewasakan Persatuan.Terima kasih kepada kawan-kawan yang mai dari seluruh Felda Wilayah Alor Setar. Harap-harap dapat tidur nyenyak di rumah keluarga angkat. Kalau sudi mai la lagi....

KEJOHANAN BADMINTON PART2

Kita tengok pulak aksi YB Tajuddin (Adun Belantik) menunjukkan kehebatanya bermain badminton.Pertunjukkan yang jarang dapat dilihat ini diadakan sewaktu YB merasmikan majlis penutupan kejohanan. Terima kasih YB..lain kali mai lagi ya..

Isnin, 24 November 2008

KEJOHANAN BADMINTON PART1

TARIKH: 27 NOV 2008
TEMPAT: DEWAN FELDA TELOI TIMUR
PENYERTAAN: 20 PASUKAN

Tak sangka first time kita buat kejohanan badminton ni mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga ada team yang terpaksa ditolak.Maklumlah kita dah hadkan team untuk 20 penyertaan saja.Kepada yang tak dapat sertai jangan la marah tahun depan kita buat lagi k..kepada Asrul dan cikgu faisal tahniah kerana anda menjadi juara....

Selasa, 14 Oktober 2008

MAJLIS BACAAN YASSIN SPM & PMR

Pada 9/10/2008 dan 31/10/2008 persatuan telah mengadakan majlis bacaan yassin untuk calon-calon PMR.Terima kasih kepada yang bertungkus lumus goreng bihun untuk jamuan malam tu. Walaupun hujan lebat tapi ujian itu kita hadapi dengan tabah.Siap jugak kita goreng dua kawah bihun. Untuk jamuan program SPM kita buat nasi lemak special...terima kasih kepada semua yang mai...

PROGRAM RAHMAT RAMADHAN

Tarikh :21 September 2008
Tempat :Masjid Felda Teloi Timur

Pada bulan puasa yang lalu kita tidak ketinggalan membantu Felda menjayakan Program Rahmat Ramadhan yang diadakan pada 21 September 2008. Seronok tengok mak ayah kita dapat duit raya....





Isnin, 13 Oktober 2008

CERAMAH PERDANA

Tarikh: 28 Ogos 2008
Tempat: Masjid An Nur Felda Teloi Timur
Anjuran: Persatuan Belia Felda Teloi Timur & Pejabat Belia Daerah Sik

Satu ceramah Perdana Hal Ehwal Islam telah diadakan di Masjid Felda Teloi Timur. Program ini anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sik dengan kerjasama Persatuan kita.Alhamdulillah sambutan yang diterima sungguh menggalakkan.Harap-harap lepas ni rajin-rajinlah pejabat Belia bagi program kat kita ya...





KEJOHANAN BOLA SEPAK 8 SEBELAH

Hari: Ahad
Tarikh :17 Ogos 2008
Tempat :Padang Awam Felda Teloi Timur

Pada 17 Ogos lalu Persatuan dan Komuniti Bestari berganding bahu menjayakan Kejohanan bola sepak 8 sebelah terbuka yang diadakan di padang awam Felda Teloi Timur. Kejohanan ini mendapat sambutan hangat daripada pasukan bola sepak di sekitar Kuala Ketil, Baling dan Sik...

Khamis, 14 Ogos 2008

KELAS TUISYEN

KELAS TUISYEN TING. 5 & 3
SETIAP MLM JUMAAT, SABTU & SELASA
BALAIRAYA FELDA TELOI TIMUR
ANJURAN PERSATUAN BELIA FELDA TELOI TIMUR


Bermula Julai 2008 Persatuan telah mengadakan kelas tuisyen untuk tingkatan 5 & 3.Kelas ini diadakan setiap hari Jumaat, sabtu dan selasa.Tenaga pengajar adalah terdiri daripada AJK persatuan yang perpengalaman menjadi guru dan mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang pendidikan.





Rabu, 23 Julai 2008

PEJABAT BELIA BARU

Pada hari jumaat 18 Julai 08 persatuan kita telah mendapat pejabat sendiri. Alhamdulillah dengan adanya pejabat sendiri kita boleh la rancang banyak lagi aktiviti persatuan.Kalau dah pindah tu penat la kena angkut barang....ada yang naik bau masam...cute jugak pejabat baru kita ni..walaupun kecik tapi selesa..Terima Kasih Encik Malek (pengurus Felda Teloi Timur) kerana meluluskan pejabat kami ini...



Selasa, 22 Julai 2008

PROGRAM BERSAMA PROSTAR

Tarikh: 10 & 11 Julai 2008
Tempat: Felda Teloi Timur
Anjuran: Prostar Sik &Persatuan Belia Felda Teloi Timur

Program Prostar ini diadakan selama 2 hari. Pelbagai aktiviti menarik antaranya pameran dan pertandingan masakan. Namun program untuk belia sangat 'cool' seperti sukaneka, ceramah dan explorace. Persatuan Belia berganding bahu dengan pejabat kesihatan sik untuk memastikan program ini berjalan lancar.Harapan kami agar program ini memberi banyak pengajaran tentang kesihatan dan nilai-nilai hidup yang murni kepada belia-belia Felda Teloi Timur.......

Selasa, 3 Jun 2008

GOTONG-ROYONG

Tempat: Masjid An-Nur & Tanah Perkuburan Felda Teloi Timur
Tarikh: Setiap hari jumaat terakhir setiap 3 bulan
Anjuran:Persatuan Belia Felda Teloi Timur

Bagi meyemai nilai-nilai murni dikalangan ahli, kami dengan berbesar hati bersetuju untuk mengadakan khidmat membersihkan masjid dan tanah perkuburan. Terima kasih pada kariah masjid kerana memberi kepercayaan kepada kami mengadakan gotong-royong ini. Pada Setiap 3 bulan sekali ahli-ahli akan turun padang untuk membersihkan kawasan perkuburan yang terletak nun jauh di hujung kampung.

Isnin, 2 Jun 2008

SUKANEKA SUAI KENAL

Tarikh:30 Mei 2008
Masa: 5 Petang
Tempat: Dewan F.Teloi Timur
Peserta: 5o Orang

Bagi tujuan suai kenal antara ahli, satu program sukaneka dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa... Pada petang ini seramai lebih kurang 40 orang ahli baru telah menyertai Persatuan ini....
Semoga adik-adik semua enjoy dengan aktiviti yang telah kita buat nii...


Khamis, 22 Mei 2008

SAMBUTAN MERDEKA PAR 3

TARIKH:30-31 OGOS 2008
TEMPAT:PADANG AWAM FELDA TELOI TIMUR
ANJURAN:PERSATUAN BELIA & SEMUA KOMUNITI FELDA TELOI TIMUR

Sempena 50 tahun kemerdekaan negara sambutan di Felda Teloi Timur tahun ini agak meriah. Bermula dari bulan september ahli-ahli belia telah berganding bahu memasang Jalur Gemilang di semua rumah dalam felda.Tapi gambar-gambar tu semua rosak pulak.Tak dapat la kami nak tunjukkan. Menjelang 31 ogos pertunjukkan bunga api diadakan dan pada hari kemerdekaan, perarakan antara komuniti dalam felda diadakan. Meriah macam nak hari raya.. Malamnya pulak kugiran belia membuat persembahan...happening...

SAMBUTAN MERDEKA PART2

Selasa, 20 Mei 2008

AKTIVITI BELIAWANIS

Lokasi: Sekitar Felda Teloi Timur
Masa: Sepanjang Bulan Mac 2008
Aktiviti: Gerak kerja beliawanis

Inilah aktiviti wajib beliawanis apabila musim pilihanraya....Kami sayangkan Malaysia...

KEJOHANAN BOWLING

Lokasi: Park Avenue, sg petani
Tarikh: 20 Mei 2008
peserta: 56 org
Anjuran: Persatuan Belia Felda Teloi Timur

Membuka kalender aktiviti 2008, kami memilih untuk mengadakan kejohanan bowling antara ahli. Tak sangka ramai juga jaguh bowling di Felda Teloi Timurni walaupun ada yang asyik masuk longkang jer... Seramai 56 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Turut hadir pegawai belia daerah Sik En. Zailan...Tahun depan kita buat lagi ya..